Isnin, 5 Disember 2011

Teguhkan hati-hati ini..Ya Allah!!

Allahu Rabbii..
Ya Malik Al Qalbi..
Ya Syafi' AnNafsi..
Inni Arjuu Ilaika..

Ya Allah Tuhanku..
Pemilik HATI ini
Penyembuh Lara JIWA
Kuserahkan diriku pada MU =)

Ya Muqallibal Qulub..Thabbit Qulubana 'Ala Deenika Wa 'Ala Ta'atika!!










Rabu, 16 November 2011

ISTIQAMAH (KONSISTEN) VERSUS KARAMAH (KEMULIAAN)



Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan

Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit .Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberikan karamah tersesat kerana imannya tidak istiqamah.
Seorang ulama’ telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dgn tekun. Dia tidak pernah ‘ponteng’ walaupun sekali melainkan ada uzur syarie. Namun, ketekunan ulama’ tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.
“Sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya,” kata salah seorang anak muridnya.” Berbanding dengan guru2 lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa2 keistimewaanya. Semua yang ada padanya biasa2 saja,” tambah yang lain
“ Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah2 jarinya.Malang betul nasib kita…”
Akhirnya,sungutan2 itu sampai ke telinga ulama tua itu. Beliau bertekad untuk memberi pengajaran kepada anak2 muridnya.
Ketika mengajar pada suatu hari  ,beliau telah sengaja melepaskan kapur ketika menulis di  atas kapur hitam .Namun anehnya kapur itu tidak jatuh....sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulam’ tua itu.
Melihat kejadian aneh itu, semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman.Tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut memiliki karamah .Melihat kekaguman anak2 muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata “ Aku sangat hairan melihat sikap kalian semua.Melihat kapur ini hanya menulis beberapa ketika telah membuatkan kamu kagum.Bagaimana  dengan aku yg telah menulis selama 40 thn di papan hitam ini?”


Mesej:
 Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit .Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberikan karamah tersesat kerana imannya tidak istiqamah.