Rabu, 9 Disember 2009

Memahami perubahan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Salam..

Pejam celik , pejam celik dah seminggu lebih cuti akhir sem 2 berlalu..muhasabah diri..apa yg dibuat cuti2 ni di rumah..rindunya pd dq..biah nya..ukhwah..dan byk lagi la

Sekadar mengisi 'post' kali ni, teringat betapa best nya menghadiri tazkirah asar di masjid..kak2 senior sijil dn diploma selalu ingatkan supaya banat2 (pelajar perempuan) rajin2lah hadirkan diri ke majlis ilmu yg informal di dq especially tazkirah asar di masjid sebab majlis ilmu merupakan salah satu darpada taman2 syurga & dipayungi sayap malaikat.. sebagai 'bekalan' bila dah keluar dq nnti..

sekadar perkongsian yg saya dapt drp tazkirah,

"ANDAI KAU TAK MAMPU MENJADI PENDOKONG AGAMA NYA , JADILAH PENYOKONG YANG SETIA.."

saya tdk ingat kata2 ini drp siapa(maksudnya pejuang islam yg mana satu..)..saya harap sesiapa yg tahu dan baca post ni dapat bgtau ini kata2 drp siapa.drpd AsSyahid Qutb atau Imam Syahid Hassan AlBanna.. tapi bg saya yang lebih penting maksud dan makna kata2 itu..Kata2 ini cukup terkesan pd diri saya.

Saya cuba meneliti dan berfikir tntang kata2 itu.saya sgt setuju.saya rasa kata2 itu tdk perlu dihuraikan sbb bahasa yg digunakan jelas, tiada kiasan, dan mudah utk difahami.betul x ...?

Saya jg nak selitkan sedikit input yg saya dpt drpd pembacaan saya. Sumber daripada majalah terbitan syarikat penerbitan terkemuka. Tajuknya : Memahami Perubahan - Jgn Biarkan diri dipaksa menerima perubahan.. Ruangan yang ditulis oleh Ir Ahmad Jais Alias,Pengarah Radio IKIM.fm memang salah satu ruangan kegemaran saya.Tulisan beliau begitu menarik perhatian saya dan saya ingin berkongsi dengan semua.Tulisan beliau..

"manusia sering memusuhi perkara yang tidak difahaminya" Kenapakah manusia bersikap begitu?

Jawapan yg mudah adalah kerana ia fitrah kejadian manusi.Lihat saja byi yg baru lahir .Sebaik sahaja keluar drpd rahim ibunya, bayi akan menangis dan merengek kerana berdepan dengan persekitaran baru.

Begitu juga apabila kanak2 yg yg mahu memulakan persekolahan ,ada yg tidak mahu ke sekolah, ada yang mahu ibunya menemani mereka di sekolah serta pelbagai lagi karenah.Kenapa sya perlu ke sekolah?Kenapa adik perlu bangun awal pagi? Kenapa dah tak boleh tidur lama2 lagi?
Mungkin itu beberapa persoalan yg sering diungkapkan oleh murid2 baru ke tadika atau thn satu.Persoalan ini timbul kerana mereka tidak memahami apakah perubahan yang berlaku ke atas diri mereka , persekitaran, rakan2 , jadual harian dan sbginya.Semuanya berubah

Semakin banyak yang tdk difahami, semakin sukarlah mereka menerima perubahan tersebut.
Begitu mudah sekali analogi yang dibawakan oleh beliau.Benarlah ungkapan : Manusia memusuhi apa yg dia tidak fahami.

Justeru, bukanlah sesuatu yg pelik apabila Islam juga dimusuhi oleh dunia Barat dan msyrkat antarabangsa yg tidak memahaminya.apabila kefahaman Islam yg benar gagal disampaikan , maka masyarakat akan memusuhi dan menolak perubahan yang ingin dibawa oleh Islam.

Renunglah kisah nabi Nuh yang membina bahtera di atas bukit.Umatnya gagal memahami rasional perlunya bahtera tersebut lantas mengejek dan mempersendakan usaha nabi Nuh untuk menyelamatkan umat.Akhirnya, kejahilan itulah yang membinasakan mereka.

Oleh itu, kita tdk blh mnjdi mgsa kejahilan.Jgn biarkan kejahilan menguasai diri & menutup hati drpd mnerima kbnaran dan perubahan yg baik.Adalah malang jika kita terus-terusan memusuhi & menolak seruan kepada perubahan yang positif tanpa berusaha memahami perubahan yang ingin diperkenalkan.Lebih malang lg jika kita pula terbabit dlam usaha menghalang atau menggagalkan perubahan itu.Yang sebaiknya adlah kita cuba memahami perubahn tersebut,dan plg baik menjadi pendukung perubahan.

"ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BERBAHAYA"

Sekadar itu sahaja perkongsian saya..saya masih lagi bertatih tatih dlm penulisan ini.yg baik dtg drpdNya , yg buruk dtg drpd kelemahan diri yg hina ini..Wassalam

Rabu, 2 Disember 2009

PERKARA ELOK DISEBUT
"
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...