Isnin, 11 April 2011

HASANAT AL-ABRAR WA SAIYIAAT AL-MUQARRABIIN

Seorang anak kecil menangis ketika melihat unggul api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun ar-Rasyid yang melihat anak itu bertanyakan kepada anak itu mengapa dia menangis.  Anak itu menjawab : “ Aku takutkan api neraka..”.
Lantas Khalifah Harun memujuk anak kecil itu: “ Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”

Namun, Khalifah Harun juga turut menangis apabila mendengar jawapan anak kecil itu : “Ketika orang-orang hendak menghidupkan unggun api,mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah kayu-kayu besar dimasukkan. Aku takut akan hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Adakah aku umpama ranting kayu kecil itu..?”
Masya Allah!! Hebatnya iman anak kecil ini. Betapa dia takutkan Allah sehingga dia boleh terfkir dan membuat kesimpulan terhadap analogi ranting kayu kecil yang terbakar dengan dirinya yang masih kecil.

Begitulah, apabila rasa takutkan Allah di dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia , dilihat dan dirasakan luar biasa bagi orang yang dekat dan takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa atau istilahnya baik pada pandangan orang biasa, buruk pada pandangan orang yang dekat dengan Allah.
                                                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~