Selasa, 15 November 2011

BANGKITLAH SAHABAT-SAHABATKU!!(baca : sahabiah)

"Pergilah kamu menenun kain, Berikan pedangmu kepadaku"

Ummu Aiman RadiyAllahu Anha membentak tentera- tentera Islam yang melarikan diri ke belakang dalam Perang Uhud. Suasana dalam medan perang ketika itu tidak terkawal, ditambah lagi dengan perkhabaran terkorbannya Rasulullah s.a.w. 
Siapa yang tidak mengenali susuk tubuh Ummu Aiman ini, pengasuh Rasulullah s.a.w. yang sudah berusia ketika itu memiliki semangat yang sangat kental dan sangat berani. Beliau sangat berani meluru ke medan pertempuran dan menolong tentera Islam yang ketika itu tercedera dan memberikan mereka minum.

Betapa hebatnya Ummu Aiman R. Anha. Antara model srikandi lain yang bole kita jadikan contoh ialah  Sayyidah Khaulah Al Azwar. Mana tidaknya, beliau pernah mengejutkan Khalid al Walid RadiyAllahu Anhu dengan semangat keperwiraan dan kelincahannya dalam medan perang. 

Begitu juga dengan Saidatina Aishah RadiyAllahu 'Anha yang merupakan model wanita ilmuan yang menjadi bahan rujukan dan ensiklopedia ummah ketika itu sehinggakan beliau ini diletakkan di ranking kedua dalam penguasaan ilmu hadith selepas Abu Hurairah RadiyAllahu Anhu. Bahkan beliau telah beberapa kali bersama tentera Islam dalam medan perang. 


Tidak kurang hebat juga seorang isteri nabi yang lain iaitu Sayyidah Juwairiyah RadiyAllahu Anha. Beliau sangat berpengaruh dalam kaumnya sebelum dinikahi oleh Rasulullah s.a.w. sehinggakan semua tawanan Bani Mustaliq memeluk Islam dan menyebelahi perjuangan Baginda. Beliau telah menghabiskan hidupnya dengan curahan ilmu langsung daripada Rasulullah s.a.w. dan juga telah menjadi sumber rujukan hukum.

Dan yang terbaru Sayyidah Zainab Al Ghazali yang sangat tegar menentang pemerintahan kuku besi Jamal Nasser.

Wahai sahabat2ku..Ayuh , jadikan wanita-wanita ini role model terbaik bagi kita dalam menjalani kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi. Sudah terang lagi bersuluh, kekuatan wanita tidak boleh dipandang rendah. Muslimat juga mempunyai kekuatan yang tersendiri yang mana berbeza dengan muslimin.

Firman Allah s.w.t dalam surah An Nisaa' ayat 34, mafhumnya:
  
" kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar."


Sesetengah ulama' apabila mentafsirkan secara lebih luas makna ayat "Ar Rijaalu Qawwamuuna 'Alannisa' ", mereka membezakan pengertian "ar rujulah" dan "az zukurah". Az zukurah bermakna lelaki (jantina) manakala ar rujulah bermaksud keberanian dan kekuatan yang sebenar. Kekuatan lebih baik daripada yang lemah. 


Kekuatan usah ditunggu tapi harus di cari.. Seeru 'Ala Barakatillah=)




p/s: walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengatakan sahabat nabi sebagai pengecut apabila berundur di medan perang. Kejadian tersebut berlaku apabila suasana sangat berkecamuk sehingga tentera Islam berada dalam sangat bingung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan